Demi mu anakku.
1. Ambil makanan 'wholefoods" yang asli bebas bahan kimia. sedaya upaya! kalau tak boleh buat setakat yang termampu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan simtom penyakit kulit ini.
2. Elakkan guna produk toiletries (syampu, losyen, mandian) yang mengandungi bahan kimia sintetik. Bahan ini akan menyerap ke dalam tisu kulit dan aliran darah serta terkumpul dalam organ2. (SLES, SLS, paraben, PG, PEG, ethoxylated chemicals, TEA, DEA, MEA, formaldehyde, polysorbate, AHA)
3. Gluten- Free (cari yang halal) - Orgran halal ke? ramai yang xtahu, main beli dan bagi anak makan je!
4. GMO - Free ialah Genetically modified organism ( hasil pertanian/ ternakan)
5. Elak HVO ( Hydrogenated vegetable oil) contohnya majerin, non-diary creamer, shortening krimer, susu pekat manis. HVO akan menyebabkan darah berasid, darah pekat dan kuman senang membiak, edaran darah juga terganggu. So, boleh gantikan dengan butter susu asli 100% ( Anchor, minyak sapi asli, minyak masak sayuran asli yang cecair penuh (semi folid tidak sesuai).
Guna santan segar dan nia boleh makan cendol durian. ehh tetiba! haha
List la dulu :
- Pisang: Kaya dengan kalium, mengandungi nutrien yang menurunkan aras histamina, magnesium, dan vitamin C. Hantu pishang macam abi laa lepas ni.
- Bubur daging (lembu) atau bubur ayam: Membekalkan glisin asid amino yang membaiki kulit. Ayam banyak yang cucuk2 ni. hihihi
- Kentang: Kaya dengan serat, kalium, dan vitamin C di samping menjadi penawar asid.
- Bawang yang mesra alam: Mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan melawan radang, juga kaya dengan vitamin K yang diperlukan untuk kesihatan dan keseimbangan kulit.
- Gandum kuda: Tidak mengandungi gluten, mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan sangat berkesan melawan radang.
- Susu beras: Mengurangkan tindak balas alergi dan juga kurang mengandungi bahan-bahan kimia serta dianggap selamat digunakan oleh pesakit dermatitis. susu kita tukar susu kambing ya, susu enfagrow tu biar ummi yang minum..sedap wey..
- Tauge: Penawar asid yang berkesan. nia xsuka hemmm!
- Minyak yang berasaskan tumbuhan: Menyediakan lemak tidak tepu, yang menggalakkan penyerapan nutrien serta bagus untuk fungsi otak, kesihatan jantung dan kesejahteraan diri.
- Dadih: Di samping membekalkan kalsium, vitamin D dan protein, dadih juga mengandungi probiotik, iaitu bakteria sihat atau bakteria baik yang menggalakkan kesihatan sistem penghadaman.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan: Pembekal utama bahan antioksida.
- No fast food, no snack
ehh ummi pun kena diet, bukan nia je!
baiklah.
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )