Friday, 20 September 2013

sharing~promote bank islam...

Assalamualaikum dan salam jumaat..

meh cni rapat2..nak story ckt..

yang pertama.

baru2 ni aku buat kad bank islam, n bla bla bla.. yang mana the best aku tanya..sbb aku xpaham ape dia crita.. ok dia ckp pilih laa "AL-AWFAR".. knape?? nak tahu sbbnya..

dgn setiap simpanan minimun RM100 (baki xboleh kurang dari RM100 tau), n anda layak untuk cabutan bertuah..cabutan nie setiap suku tahun.. maksudnya 4 kali setahun.. dan pilihan ke-2 ialah dgn simpanan tetap RM1000 juga layak untuk undian cabutan bertuah dan berpeluang mendapat hadiah cabutan sebanyak RM100.000.00.. 

Rezeki ALLAH swt ada dimana2..lau kita tak usaha, memang xkan dapat laa kan.. untuk maklumat lanjut tekan SINI ..

yang kedua.

Mengebai Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau.. i loike!



Memperkenalkan Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau untuk semua peminat bola sepak di Malaysia. Setiap kali anda berbelanja menggunakan Kad Debit-i Team Harimau ini, anda turut menyumbang kepada kemajuan pasukan bola sepak kebangsaan. Sumbangan ini dapat membantu memantapkan lagi prestasi Team Harimau dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Segeralah ke cawangan Bank Islam berdekatan dan dapatkan Kad Team Harimau anda!

DISKAUN 20% DI AL IKHSAN DENGAN KAD DEBIT-i VISA BANK ISLAM TEAM HARIMAU
  1. Semua Ahli Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau adalah layak untuk mendapatkan diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan di rangkaian Al Ikhsan seperti di bawah.
  2. Diskaun 20% ini adalah tertakluk kepada barangan keluaran baru di Rangkaian Al Ikhsan.
  3. Klik untuk dapatkan senarai Rangkaian Al Ikhsan di seluruh Malaysia
itu sahaja..sekian..


dah saya dah dapat kasut adidas idaman.kamu??..kamu?? ape tgu lg..hehehhe


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Friday, 13 September 2013

selamat sudah untuk adik2 yg UPSR.. lega x?heeee

Salam Jumaat dan Assalamualaikum,

semalam adk madu msj..

adk : kak lau adik dpt 5A, adk xtahu nak g sek mn..
aku : sek mn2 pun xpe..apply je dlu, nti bru pilih yg sesuai..

sebenarnya kan.. aku lupa yg aku ada adik yg mnduduki UPSR tahun nie.. adk ak dah besar, dah darjah 6, maknanya aku dah meningkat dewasa.. alaaaaa... rasa mcm adk aku kecik lg n ak masih remaja..gituuu..

sila terima kenyataann ok!

 ape pun, semoga adik aku berjaya..Insya'allah..

dah, merdeka dah pun kan, exam dah habis, so adik ak boleh berjimba..hihihi.. tunggu kakak mu balik..


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Thursday, 12 September 2013

in body~ ☺ MY BODY COMPOSITION ANALYSIS ♥

Assalamualaikum,

kecewa sungguh result kali ini.. xpe ini sebagai 1 semangat untuk terus berusaha.. chaiyokkk!

MUSCLE-FAT ANALYSIS

·         SKELETAL MUSCLE MASS (SMM) : UNDER (xda muscle kat bahagian atas n tengah, bahagian kaki je ok, kuat berjalan je kot)


BODY STRENGTH
  • UPPER :WEAK!
  • MUSCLE : WEAK!
  • LOWER : NORMAL

·         BODY FAT MASS : OVER! (nampak je slim, tp lemak terkumpul kot..sbb byk sgt melantak masa bulan syawal, so kali ini kna btl2 jaga mkn laa..)

  •   PERCENT BODY FAT (PBF) :EXTREMELY OBESE!
  • WAIST-HIP RATIO : OBESE
HEALTH DIAGNOSIS
  • ·         BODY WATER : UNDER
  • ·         LIFE PATTERN : ALERT

NUTRITIONAL EVALUATION
  • ·         PROTEIN : DEFICIENT ( yg ni memang dah tahu, xpenah normal..hehe)
  • ·         MINERAL : NORMAL
  • ·         FAT : EXCESSIVE


VISCERAL FAT AREA : 96.8 (under 100 is normak tp xkan nk takat tuu je, kolestrol lebih sgt bahaya! so?)
FITNESS SCORE :66 POINT (NORMAL)

·         WEIGHT, BMI AND BODY BALANCE, EDEMA ARE NORMAL.. Alhamdulillah tp nak capai good untuk lebih sihat.

FTNESS SCORE REFERENCE
·         41-50     : VERY WEAK
·         51-60     : WEAK
·         61-71     : NORMAL
·         71-80     : GOOD (MY TARGET)
·         81-90     : FAIRLY FIT
·         91+         : SUPER FIT


mood : kecewa! kita tunggu sebulan lg.. nk naik ke score good!!! jom kita.. pergi bersenam..

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Thursday, 5 September 2013

MC: tempoyak goyeng


Assalamualaikum,

MC?? masakan cinta...heheheh... senyum sorang jap..

orang yg mengajar dah pindah, so kena laah wat sendiri yee..
aku knl masakan ni pun dari dia.. firstime mkn..emmm..dap..dap..


tarrraaa!!!

this is tempoyak goyeng sarawak made by anietoOO

resepi nya :

bawang putih
bawang merah
bawang besar
cili
udang
tempoyak
gula/ garam

cara:
tumis bwg n campur semua (goreng)



imissu k.nono.. wat time buka puasa smlm.. thanks..


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Monday, 2 September 2013

kami akan sentiasa rindu~ ♥♥♥

Assalamualaikum,

datang keje ari nie, k.nono dah xdo.. dah pindah..huhuhuhu

we will miss u so much!

4wit♥


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Wednesday, 21 August 2013

wordless~ aku pun xkuat

Assalamualaikum,

Aku xpandai nak trangkan, tp aku dapat faham, rasa dan berdoa..

Tiap2 mlm kat rumah aku, tiap kali solat mesti wat bacaan doa dlm solat pada rukuk terakhir..mcm solat subuh tuu.. aku xtau kita panggil doa ape.. tp aku faham dia baca doa untuk muslimin muslimat di mesir, palestin dan negara2 islam seluruh dunia..

Ini semua politik org2 bukan islam, fikirlahh sekejap, renung skejap.. dunia akhir zaman ape yang telah tertulis dlm Al-quran..kaji laa balik.. ape kita sepatutnya buat.. kte hanya org bawah, yg lg bijaksana dan cerdik pandai, brusahalah.. 

Makkah dan Medinah yang nak ditakluk.. skrang mereka sedang menakluk negara besar islam di skelilingnya.. Ya Allahh..

Jika benar, ini semua janji, kami redho.. sedarkan kami semua Ya ALLAH.. Bukalah pintu hati kami.. untuk berjuang menegakkan Islam..Negara, Bangsa, Keluarga dan Muslimin dan Muslimat..

"Keimanan seseorang tidak sempurna sampai dia mencintai saudara sebagaimana dia mencintai dirinya" 
(HR Al- Bukhari dam Muslim)


Jika kita tidak mampu membantu dengan mengangkat senjata, kita boleh membantu dengan harta, jika dengan harta juga tidak mampu, kita boleh dgn menggunakan media sosial bagi myebarkan maklumat dan jika masih tidak mampu maka kita boleh bantu dengan doakan keselamatan serta kesejahteraan mereka semua.. itulah indahnya islam dari sebesar2 pertolongan hingga sekecil2nya boleh kita hulurkan bg membantu saudara islam kita.

Ingat laa," jika tidak mampu buat semua maka jangan tinggal semua" 

Wallahualam..


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Monday, 19 August 2013

Sharing ~ solat BATAL jika???

Assalamualaikum,

*Rukun Kauli tidak dibaca dengan sebutan yang betul @ tidak dilafazkan (hanya baca dlm hati), akan membatalkan solat, sekurang2nya boleh didengar pada telinga sendiri..

Rukun Fikli (LAFAZ/ LISAN) :

  • Lafaz "ALLAHU AKHBAR" pada Takbirratul Ihram
  • Bacaan "AL-FATIHAH"
  • Bacaan "TAHIYAT AKHIR"
  • SELAWAT PERTAMA dalam TAHIYAT AKHIR
  • Sebutan SALAM PERTAMA (sebelah kanan)
*Rukun Fikli BATAL jika TIADA TOMAKNINAH (memberhentikan semua pergerakan seketika sekurang2nya cukup masa untuk melafazkan "SUBHANALLAH"

Rukun Fikli (PERBUATAN) :
  • Berdiri tegak
  • Rukuk
  • Iktidal (berdiri selepas Rukuk sebelum Sujud)
  • Sujud
  • Duduk antara 2 Sujud
  • Duduk Tahiyat Akhir
Surat AL-FATIHAH mesti DIBACA denga 1 NAFAS = 1 AYAT
BATAL JIKA MEMBACA AL-FATIHAH DIBACA 1 NAFAS = 2 AYAT (kecuali disambung kedua2 ayat tersebut dengan cara membaca dengan betul)

"Menuntut ilmu lebih baik dari solat 1000 rokaat, krn ilmu membetulkan solat anda yang selama ini terbatal"

WALLAHUALAM BISAAWAB



( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Wednesday, 14 August 2013

SALAM LEBARAN

Assalamualaikun dan Salam Lebaran

belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

Jika kesilapan semalam belum terampun, "MAAFKANLAH".
Jika kesilapan hari ini menyakitikan hati, "LUPAKANLAH".
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke "AKHIRAT".
Mohon ampun dan maaf..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

raya tahun ni tanpa ayah(tok) n mok.. so, aktiviti pagi raya berubah jadual..raya bukan untuk bersedih bak kata abah..biapun awal2 pg sume dah prabih air mata sebelum solat sunnat hari raya..hihihi..
biasanya tiap kali raya, imam surau untuk solat sunnat hari raya ialah arwah abg long. tahun ni tiada lg..lg pilu bila tazkirah raya mengenai negara2 islam yang ditindas oleh kaum yahudi..dunia akhir zaman..emmm.. setahu aku lain tempat lain tazkirah nya kan...nak tahu jgk tempat lain mcm mn ye.. nti sambung cite nie.. nak tunjuk pic raya yg xberapa sedondon.. ☺
my♥

myfamily yang xbrapa besar mn..hihi

sedondon kan..hah cer teka sapa nie..sssSSShhhh..

yeaaahh..ijau kuning..go kedah ho..aihh tetiba..

colour xsama, tp corak sama..pun boleh laahhh..

nape muka sedih abah..tenyum laa..
xboleh suka sgt, ramadhan dah tinggalkan kita..senyum lam hati jer..
kuikui..merah muka..




pantang jumpa mcm nk bertekak..tp pg raya kita plukcium jgk..lau x, xdpt wit raya dr abah..heee



motif tetiba kua pic baju lain??
sbb nk nunjuk baju laa tuu..
peplumm g2..tp wit palazo..heeee
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Monday, 15 July 2013

update Ramadhan lg..

Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Lumrah kita, manusia selalu lupa n mudah lupa kan.. so untuk mengelakkan semua memori ini lost n terkena virus trojen, aku wat2 rajin nak update.. yelaa kita xtahu ape nasib kita, kemana kita n hala tuju kita lepas ni kan.. aku bersyukur dan sentiasa berterima kasih kerana mampu berada dalam keadaan baik di perantau.. terasa pilu sedikit je..hihihi

Alhamdulillah juga hari ini dan 6 Ramadhan 1434 masihi (150813).. sekejap je rasa.. dan mcm2 dah jadi n bakal terjadi lagi.. sbb dah ada dalam perancangan.. cheeewww..

awal2 Ramadhan dah trima ujian..tp xpee cool je..sbb aku kan longrengjerrr.. terpaksa tolak moto sbb kehabisan minyak.. ni laa aku ckp td manusia mudah lupa.. kepala otak dah set dah nak isi myk petang balik keje tp sbb lupa kan..hah! merasa laa kau tolak moto dlm bulan Ramadhan, hari pertama puasa ok.. masa tuu rasa sedih sgt.. tp bila terkenang rasa mcm nak gelak.. salah sape?? salah diri kau laa kan.. hauhuahua..

hari ke 2 dan 3 puasa aku ada bengkel task force dekat JPWP Putrajaya.. jd cikgu.. walaupun xtersampaian niat nak jd cikgu kan, tp doa aku makbul juga tau.. Allah bg aku ajar pegawai/ staf bukan ajar murid2.. ok laa tu kan.. mnyampaikan ilmu berguna juga kan.. Alhamdulillah.. dan 2hari berlalu ini trasa skejap je, tgk jam dah petang.. balik tapau lauk untuk berbuka..

Bulan ini bulan Allah makbulkan doa umatnya.. sbb tuu laa kita kena doa byk2 n yakin.. kdg2 aku pun xkuat juga, tp sampai bila.. so, otak aku ligat je fikir kemeriahan kat mana aku nak cari untuk berbuka dan yang penting bukan buka sorang2.. sedih tau.. tiap2 petang tepon maa, masak ape buka ape, mkn ape..

untunglaa yang buka umah maa.. xpe, ma ,mesti bangga aku berdikari kan..yeahhh...

puasa ke 3 dan hari adah first weekend
ni berbuka with k.nono..berdua je untuk weekend sbb semua orng balik kg..hoH0h0..
hari 1 weekend xsempat snap pic..dah pelahap..hihi..meriah walaupun brdua je.k.nono masak ikan rempah kicap, kuih bingka ubi.. aku? mana sempat masak..jgn nak ckp aku malas ok.. aku ada class laa hari sabtu dan hari ahad.. hari sabtu kelas habis awal dah tp hujan laa..kecian kan..sampai umah 6.30 dengan basah kuyup..pakai baju hujan pun sama je.. nangis sambil merempit (air ujan ok) n telan air hujan ckt..hahahaha.. so aku tapau je la kat bazar p11, tapau ayam madu bakar, ikan keli belada, karamel dan agar2.. sampai umah cite kat k.nono, ckp sume kuih mahal.. kuih perahu 5biji RM 3 ok..kecik je kuih..tp nak wat mcm mn kan.. mayb tempa sewa tapak mahal kot.. peniaga pun nak untung.. kau je kot rasa mahal tp orang lain x.. bkn kedekut tp duit byk nak settle yuran laaa..emmmm..

ishh..xsedih pon.. wekks!
bila nak trawih nie.. surau kt bawah flat aku ada.. jom!


sabah i'm coming...yeahh dapat buka awal..hihihi... i loike!
tiket balik raya dah habis laa..  balik naik DCD laahh!
bai..

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Tuesday, 9 July 2013

SALAM RAMADHAN UNTUK ESOK BAGI YANG DAPAT BERPUASA

Assalamualaikum,

Ramadhan menjelma lagi.. sekejap je masa berlalu rasanya..
agak-agak tahun ni ada peningkatan ke idok dlm proses pembikinan masakmemasak untuk berbuka.. ataupun sama je mengikut tahun2 yang dah berlalu..heeeeeee

ada bnyk pilihan nampak nyer tahun nie yg sdang bermain d pikiran ku... hem..hemm...

lau merempat at p11 agak2 grill umah diorng kunci x.. nanti lau k.nono dah tukar balit sarawak xda dah merasa nak merempat cenggitu..hehehhe..
tak pun tapau kat pasar ramadhan putrajaya n mkn laa sensorang kat rumah..uhhh xbesh..rasa mcm bkn buka puasa...huhuhu..
lau agak2 poket dah kosong aci tak lau g makan kat masjid besi..dapat mkn free..heeee..byk jgk pilihan..
tp xpasti lg kaki ku mau melangkah ke mana..
tp tahun nie, kat umah aku ada members, so rasa2 ada jgk member berbuka n bersahur lau bangun.. dengan harapan ada sinar kemeriah bulan ramadhan tahun ni yee..amiinn..

ehhhh, kau dah kenapa..ko bkn pose pun esk..byk ag masa nak pk..

ok! SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..

doa berbuka untuk puasa dah ingat2 lupa..belek buku jap..


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Friday, 28 June 2013

mencabar diri sendiri

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat..

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

 SURAH  AL-BAQARAH ayat 216


~TIDAK SIA-SIA SESUATU MAKSUD APABILA DISANDARKAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN TIDAK MUDAH TERCAPAI TUJUAN JIKA DISANDARKAN KEPADA DIRI SENDIRI~

Hikmat yang lalu menggambarkan keadaan hamba Allah s.w.t yang mempunyai maksud yang baik iaitu mahu mengubah dunia supaya menjadi tempat kehidupan yang sentosa, tetapi ternyata gagal melaksanakan maksudnya apabila dia bersandar kepada kekuatan dirinya sendiri. 

Allah s.w.t menyifatkan dunia sebagai tempat huru-hara dan kekeruhan. Sesiapa yang memasukinya pasti berjumpa dengan keadaan tersebut. Kekuatan huru-hara dan kekeruhan yang ada pada dunia sangatlah kuat kerana Allah s.w.t yang meletakkan hukum kekuatan itu padanya.

Percubaan untuk mengubah apa yang Allah s.w.t tentukan akan menjadi sia-sia. Allah s.w.t yang menetapkan sesuatu perkara, hanya Dia sahaja yang dapat mengubahnya. 

Segala kekuatan, baik dan buruk, semuanya datang daripada-Nya. so, jika mahu menghadapi sesuatu kekuatan yang datang dari-Nya mestilah juga dengan kekuatan-Nya. 

Kekuatan yang paling kuat bagi menghadapi kekuatan yang dipunyai oleh dunia ialah kekuatan berserah diri kepada Allah s.w.t. 

Kembalikan semua urusan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah memberi pengajaran dalam menghadapi bencana dengan ucapan dan penghayatan:



Kami datang dari Allah. Dan kepada Allah kami kembali.
(ramai yang berpendapat ini dibaca bila ada orang meninggal sahaja, tp sebenarnya tidak, dlm keadaan gentir, ditimpal musibah dan sentiasalah m'ingatkan diri dengan ayat ini)

ingat! jalan terakhir bukan hanya berserah kepada Allah swt.. usaha..doa..tawakkal..

esok  dah mula class!

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Wednesday, 26 June 2013

jom cuba ni..

Assalamualaikum,


Hello Malaysian use your imagination right now!, Name the new Proton Compact Car creatively and stand a chance to win these amazing prizes!

1st Prize - Proton Compact Car
2nd prize - 3D2N stay at Rebok Island Langkawi + RM3000 Cash.
3rd prize - 1X Macbook Air
4th prize - 2X ipad mini
5th Prize - 2XSamsung Galaxy S4
6th prize - HTC Phone
7th Prize - 150 X RM250 Cash

Hurry up!, This contest runs from 25th June to 25th July 2013. For more details plz visit ProtonNamaSiapaHebat




Good Luck!

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Monday, 24 June 2013

result dah kluar ~ Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...

lengkap selangkah perjuangan...
aku ingin ke bintang..
yeahh, dapat tidur lena..heeeeeeee

tp,
yuran xsettle lg..
ada x yg nk amek partime??
usaha slagi boleh...
bukan nak tamak duit, tp aku sangat memerlukan...
belajar pun satu keperluan ok..

emmm...
masih memikir...


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

nisfu Sya'ban kali ini..

Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.

23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.

Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.

Wallahu 'alam.


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Friday, 21 June 2013

masihku ingat~salam jumaat


  • Pesan Guru ;

    pesan guru:

    niat utk dekat diri pd Allah, 

    i'tiqad kita nk jadi org baru...

    hari ni lebih baik dr hari smlm, 

    hari esok lebih baik dr hari ni,

    buang semua yg x elok ke elok hari ni..

    clearkan! & bersihkan!

    jgn pndang & jgn toleh pbuatan baik ke buruk.. 

    jd org terbaek sokmo, pandang ke depan ~ 

    Allah nak hati org yg mnyerah ; 

    qalbun saliim



( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Wednesday, 5 June 2013

Assign Jobs


join daftar sekarang..

daftar di http://www.assignjobs.com..


saya dah!hhehehe
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

#solat sunnat#

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :

Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
  1. Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
  2. Ba'diah (selepas Solat Fardhu)


Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah s.a.w :
عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة
(متفق عليه)
Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq �alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

  1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
  2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ ) psttt..psstt..sharing is caring

Monday, 20 May 2013

tak hidup di puji tak mati di keji

Assalamualaikum..

salam ukhuwah,,salam berkerja lagi..

lambatnya nak jumaat...heeeeeeeee

perjalanan hidup masih diteruskan seperti biasa..

cuma perlukan sedikit pengorbanan..chewwwaaahh

bukan ape, hidup berdikari, terkontang kanting..jauh dari keluarga..

dunia oh dunia..

fisabilillah..mencari ilmu..bukan mudah, n bukan senang juga..

time, energy, life, money, iman..lau xckup kena sentiasa CAS!

pape pun terima kasih...

yg uji dan yg puji
yg hentam dan yg hina
yg faham dan yg nasihat..

cara itu amat penting..

*lau aku ada abg..mesti abg aku back up aku..sbb org wat aku dlu tau x..huhhhh!



( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Friday, 17 May 2013


Salam Jumaat Penghulu segala hari...





Qalama'Zallah... amiiin...



( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Thursday, 9 May 2013

susahnya nak dapat tidur yang kualiti



"Tidur merupakan perkara penting yang selalu dibincangkan dalam hidup seorang muslim. Malah dalam Al-Quran dan Hadis menggariskan amalan tidur dan kepentinganya untuk dijadikan panduan. Namun, setiap manusia yang cukup tidur pun tidak terlepas dari gangguan tidur"


Cheeeehhhh mentang hari ni bgn awal kennn… 
bgn awal pn sbb tdr awal..kuikuikui..
"tidur awal bangun awal"
 uhhhhh...xjgk..aku tdur awal bgn lambat sbb tdur asyik terjaga tgah mlm...
pas2 bla terjaga 456 pagi, xda nya dpt tdur balik..
pas3 lepas subuh akan mengantuk n trasa nak tdur..godaan sume tuu..
dan penyebabnya terjaga kul 7.45...
hasilnya lambat g opis..
waduhhhhh..gawatneyyy..


Jom kita sama-sama kenali jenis tidur dalam islam :
  • Sinah: tidur untuk masa yang singkat
  •  Nu'ass : tidur sejenak ( ia diyakinkan dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.)
  •  Ruqood: tidur untuk jangka masa yang lama
  • Hojoo: tidur sebentar pada waktu malam dan bangun pada tengah malam untuk bermunajat kepada ALLAH
  • Subaat : tidur nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku disekeliling yang dinyatakan dalam AL-QURAN sebagai rehat.


# tidur skejap sblm waktu zohor dan kalau hari jumaat sblm para Jemaah lelaki pergi solat jumaat adalah sunat.. tp jgn ko tdr sampai xpegi solat jumaat dah laaa..


aku nyer no. 25..kuikukuii
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Tuesday, 7 May 2013

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati AKU jua..



Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

*isu bina patung n bagi duit kat iorg siam bina wat..duit xhalal memg patut bagi pun..cuba fikir lau dia bagi kat org islam???

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

*hutang kerajaan negeri kelantan sume dah selesai sbb tuu TGNA bersara..memg dimata org ramai xkan nampak tu sume.. royalti je xdapat ag..mcm ne tuu???

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.


matlamat tak menghalalkan cara..susah senang mcm mn pun hukum islam adalah jalan yang terbaik DUNIA!

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Wednesday, 17 April 2013

jangan bilang tidak



7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan

1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok ...(kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.

5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.


#kajian menunjukkan makan buah sebelum makan (sunnah Rasulullah) boleh mngubati kanser..buah segar + air liur = UBAT KANSER.. tp zaman skrang ramai yang duk ikut BARAT.. "pencuci mulut" iaitu mkan buah slepas makan..(dessert)..

Jom ikut SUNNAH....Insya'ALLAH..

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Tuesday, 16 April 2013

hijrah peminuman~aci x?


"Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas"

Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa(milo) dan coklat.

ZAT BESI (IRON)
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen.

KALSIUM
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

VITAMIN B
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

jom hari2 blend air buah! heeee

Ahad = JUS DELIMA
Isnin = JUS OREN
Selasa = JUS ANGGUR
Rabu = JUS EPAL
Khamis = JUS NANAS
Jumaat = JUS TOMATO
Sabtu = JUS CRANBERRY

Monday, 15 April 2013

bilang tidak..


  • JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

    - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
    - JANGAN makan tanpa me...mbaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
    - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
    - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
    - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
    - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
    - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
    - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
    - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
    - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
    - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
    - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
    - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

    ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....

    tergamamm tgk Ustaz Don depan mata..

Monday, 1 April 2013

3in1..mcm nesvita!

Assalamualaikum,

Salam pagi senin..happy working.. positivity...ehem..

Pertama:
Alhamdulillah..selamat lagi menyambut hari lahir tahun ni..untuk yang ke___> sweet23<..heeeeeee.. thanks to myfamily, ingat yee janji ditepati...xsabar nak balik 30 April nie..xlupa jgk kwn2 yg wish besday..tqalot!

Kedua :
Alhamdulillah lagi semlm akhirnya aku dah abiss final exam untuk sem ni...sekejap sgt masa berlalu kan..rezki ada dimana2..ita yang kena usaha..minggu lepas memg bz tahap gaban..struggle study week katakau..

Ketiga:
Alhamdulillah lagi dan lagi...dimurahkan rezki.. esk aku nak ke sarawak..keje n ishhhhh rahsia.. keje diutamakan, berjimba ______>include package< haaahahhah...


*jom selawat keaatas Nabi Muhammad SAW..mudah2han kita semua di berkati..

Friday, 22 March 2013

sharing is caring!

Salam Jumaat...

DIRIKU BUKANLAH YANG TERBAIK..
DAN DIRIKU JUGA BUKAN MENCARI YANG TERBAIK..
DAN TETAPI CUKUPLAH JIKA INGIN BERUBAH BERSAMA-SAMA UNTUK MENJADI BAIK…

“Barangsiapa Yang Tidak Di Beri Sifat Kelembutan Maka Ia Tidak Memiliki Kebaikan Sama Sekali”
 (Hr. Muslim 2592)



Wednesday, 20 March 2013

wordlesswednesday

Assalamualaikum,

La Tahzan Ya Akhi Wa Ukhti,

Insya'ALLAH...

Rasulullah SAW pernah bersabda :

 "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan dia adalah di pihak yang salah, ALLAH akan membina untuknya sebuah rumah di tepi Syurga. Dan barangsiapa sanggup meninggalkan pertengkaran padahal dia berada di pihak yang benar, ALLAH akan membina untuknya sebuah rumah di tempat yg tinggi di dalam Syurga."

Dan janganlah engkau tertipu dengan helah syaitan kerana syaitan selalu mengatakan: 

"Engkau mesti bertengkar dgn mereka kerana engkau memperjuangkan kebenaran dan jangan berlemah lembut di dalam hal ini."



So, silent is better...

Syukran Ya Allah... 

Tuesday, 19 March 2013

143 babe..

Assalamualaikum,



99666999999666999999666999666­­6­9996699999996699666996699 996699999999699999999666699669­­­9666699666996699666996699 996669999999999999996666669999­­­6666699666996699666996699 996666699999999999966666666996­­­6666699666996699666996699 996666666999999996666666666996­­­6666699666996699666996699 996666666669999666666666666996­­­6666699666996699666996666­ 996666666666996666666666666996­­­6666699999996699999996699

Highlight The Numbers
Press Ctrl And F Then Let Go And
Press 99 And See What Happens. :)

Friday, 15 March 2013

Perjalanan ke final...

Assalamualaikum...

Salam bertemu Jumaat kembali...

Ia terasa semakin dekat.. semakin hari semakin hampir... preparation??? emmm... xmampu nak gambarkan dengan kata2 krn takut ter'over confiedennt, takut ter'riak, sombong dan yg sama waktu dengannnya...

cuma sekarang yang realitinya bukan perjalanan makan angin bersama teman2, besuka ria tp sedang merangkak perlahan2 menuju ke FINAL!

FINAL yang dlu pernah dilalui, 3tahun lepas... dan kini ia kembali..

Semalam aku EL.. emrgency kata aku... terima kasih rakan seperjuangan yg single mingle.. kita ber-3 je yang xda komitmen keluarga.. yg xda komitmen ni laa yg main2 kan...heeeeeeee

yang aku terharu, Puan Hasliza.. terima kasih sangat2 krn xputus2 ajar kami n bagi semangat... serius aku down... tp bila jumpa dia, satu persatu diajar... tips and trick... suara dia kuat mcm marah.. kuikuikuii

A : Puan jgn marah..
P : ni bukan marah, ni tegas... suara sy memg kuat..
A : Oooo.. nasib baik.. heeeee..

 ~* masa dia duk potpet2..aku tersenyum...

then,

P : eh ani nape muka pucat??
A : sejuk kot..
I : dah macam mayat...

hah??? apakah itu..
 illlaaaa...


aku sangup belajar, sanggup diajar dan kerana dia sanggup mengajar... kenangan sem ini, xkan aku lupakan walaupun lau ada pape jadi... doakan aku kuat!

Wednesday, 6 March 2013

HB TOO YOU MAA

Assalamualaikum,

hari ni..xkan ku lupa...

hari lahir maa yg ke??
sweet 45..


Tiada ada orang lain yang lebih menyayangi kita kecuali seorang ibu...
Tiada guru yang lebih baik dan sangat penyabar kecuali ibunda tercinta...
Dan tidak ada pahlawan yang lebih berjasa kecuali srikandi ibuku tercinta...

Ku ingin sekali menulis tulisan tentang semua yang pernah mama berikan...
Tetapi dirasa ribuan buku tidaklah cukup untuk memuatkan tulisan...
Ku ingin sekali melukiskan semua kasih sayang yang selalu mama berikan...
Tapi rasanya itu tidaklah mungkin kerana kasih sayang mama sangatlah besar dan mungkin tak dapat dihitung seberapa besar kasih sayang mama kepadaku...
Dan ku ingin sekali rasanya memberikan cinta serta kasih sayangku kepada mama, supaya mama tahu bahwa aku sangat menyayangi mama...

Bagiku bonda adalah segalanya, nyawa bagi hidupku, pelita hatiku dan juga manusia yang paling menyayangiku...
Bonda rela berkorban untukku, sebagai payung dikala hujan, sebagai peneduh dikala kepanasan dan sebagai selimut dikala kedinginan...
Bonda tiada bayaran untuk mengukirkan senyuman, tak perlu wang untuk sepotong perhatian dan juga tak meminta balasan untuk segenggam pengorbanan...

Mother, please forgive me...

Terima kasih wahai ibuku tercinta. Selamat hari lahir, semoga tetap menyayangiku sepenuh jiwa,  diberikan kesihatan dan tentunya semoga panjang umur..
Semoga di hari yang membahagiakan ini, mama tetap menjadi wanita yang tegar, yang tetap taqwa kepada Yang Maha Pencipta serta tetap sayang kepada anaknya yang paling manis ini...hahahhaha
Selamat atas bertambahnya umur mama, sihat selalu, senyum sokmo dan dikurniakan  kebahagia dunia akhirat...

~Terima kasih bonda, semoga di anniversary bonda ini, bonda tetap selalu menjadi ibu yang terbaik di dunia..


me n mother..biu..