Solat Rawatib
ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas
solat fardhu.
Solat sunat
Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang
"Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2
kategori :
- Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba'diah (selepas Solat
Fardhu)
Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat
seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12
rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
- 2 Rakaat selepas
Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT
MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah s.a.w :
عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين
قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة
(متفق
عليه)
Maksudnya : Dari Abdullah
bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat
sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua
rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq �alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
- Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut
: قَبْلِيَّةً
- Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut :
بَعْدِيَّةً
Oleh yang
demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ /
المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً )
لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya :
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak /
Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ ) psttt..psstt..sharing is caring
No comments:
Post a Comment