Friday, 17 November 2017

Zakat Saham

 Assalam,
Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut
  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

 

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
  1. Saham Yang Disimpan Selepas Setahun
Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:
Nama Saham
Bilangan Unit (A)
Harga Terendah (B)
RM
Nilai Saham (A x B)
RM
ABC
20,000
2.00
40,000
XYZ
10,000
1.50
15,000
JUMLAH
55,000
Zakat Saham
= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%
= RM 55,000 x 2.5%
= RM 1,375
  1. Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Tahun
Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya
Nama Saham
Jualan Saham (RM)
Belian Saham (RM)
Keuntungan (RM)
ABC
10,000
2,000
8,000
XYZ
15,000
3,000
12,000
JUMLAH
20,000
Zakat Saham
= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500

  1. Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan
Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima
  1. Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan
Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Zakat simpanan

DALIL ZAKAT WANG SIMPANAN
Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
Hadis
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]
PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN
Simpanan Dalam Satu Akaun
Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:
Tarikh Simpan
Tarikh Keluar
Amaun (RM)
Baki (RM)
01/01/20XX
100,000.00
100,000.00
23/04/20XX
(5,000.00)
95,000.00
30/05/20XX
(5,000.00)
90,000.00
10/07/20XX
2,000.00
92,000.00
12/08/20XX
(5,000.00)
87,000.00
11/11/20XX
2,000.00
89,000.00
31/12/20XX
2,000.00
91,000.00
Baki terendah bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM 87,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Zakat Wang Simpanan
= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 87,000 x 2.5%
= RM 2,175

Dalam Beberapa Akaun

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila kesemua jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.
Haul: 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.

Buku Simpanan
Baki Terendah (RM)
Buku A
4,000.00
Buku B
1,000.00
Buku C
15,000.00
Jumlah Baki Terendah
20,000.00
Zakat Wang Simpanan
= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00
* Sekiranya institusi kewangan bagi mana-mana simpanan telah menunaikan zakat bagi pihak penyimpan, baki terendah untuk akaun tersebut tetap perlu dijumlahkan dengan baki akaun lain untuk mencukupkan nisab. Hal ini untuk mengira status kecukupan nisab bagi keseluruhan wang simpanan milik pendeposit.
Sila noted!
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Saham Akhirat - KWSP

Assalam dan Salam Jumaat

Urusan duit memberi kesan kepada amal ibadah kita!
Dosa yang paling besar dalam Bab DUIT


Duit KWSP - kenyataan rasmi pelaburan KWSP 30% patuh syariah, 70% tidak halal (financial institutions)

Kita tiada pilihan, maka kita tidak berdosa letak duit dalam KWSP, sebab itu regulations. duit yang dicarum halal, yang menjadi masalah caruman di laburkan/ diniagakan (dapat dividen = 6.25% purata)

Contoh:
35% daripada RM100,000.00
Jumlah : RM35k (30% halal manakala 70% tidak halal)
30% = RM10500
70% = RM24500 (tidak patuh syariah atas hak kita (haram maknawi)

Cadangan ke mana duit tidak patuh syariah atas hak kita?

1. Fakir miskin : utamakan adik beradik, saudara mara, badan kebajikan, syria, gaza dll

Wajib tukar ke simpanan shariah KWSP.

Sila noted!


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Monday, 23 October 2017

Hanania Ekzema

Bismillah,

Demi mu anakku.

1. Ambil makanan 'wholefoods" yang asli bebas bahan kimia. sedaya upaya! kalau tak boleh buat setakat yang termampu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan simtom penyakit kulit ini.

2. Elakkan guna produk toiletries (syampu, losyen, mandian) yang mengandungi bahan kimia sintetik. Bahan ini akan menyerap ke dalam tisu kulit dan aliran darah serta terkumpul dalam organ2. (SLES, SLS, paraben, PG, PEG, ethoxylated chemicals, TEA, DEA, MEA, formaldehyde, polysorbate, AHA)

3. Gluten- Free (cari yang halal) - Orgran halal ke? ramai yang xtahu, main beli dan bagi anak makan je!

4. GMO - Free ialah Genetically modified organism ( hasil pertanian/ ternakan)

5. Elak HVO ( Hydrogenated vegetable oil) contohnya majerin, non-diary creamer, shortening krimer, susu pekat manis. HVO akan menyebabkan darah berasid, darah pekat dan kuman senang membiak, edaran darah juga terganggu. So, boleh gantikan dengan butter susu asli 100% ( Anchor, minyak sapi asli, minyak masak sayuran asli yang cecair penuh (semi folid tidak sesuai).

Guna santan segar dan nia boleh makan cendol durian. ehh tetiba! haha

List la dulu :

  • Pisang: Kaya dengan kalium, mengandungi nutrien yang menurunkan aras histamina, magnesium, dan vitamin C. Hantu pishang macam abi laa lepas ni.
  • Bubur daging (lembu) atau bubur ayam: Membekalkan glisin asid amino yang membaiki kulit. Ayam banyak yang cucuk2 ni. hihihi
  • Kentang: Kaya dengan serat, kalium, dan vitamin C di samping menjadi penawar asid.
  • Bawang yang mesra alam: Mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan melawan radang, juga kaya dengan vitamin K yang diperlukan untuk kesihatan dan keseimbangan kulit.
  • Gandum kuda: Tidak mengandungi gluten, mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan sangat berkesan melawan radang.
  • Susu beras: Mengurangkan tindak balas alergi dan juga kurang mengandungi bahan-bahan kimia serta dianggap selamat digunakan oleh pesakit dermatitis. susu kita tukar susu kambing ya, susu enfagrow tu biar ummi yang minum..sedap wey..
  • Tauge: Penawar asid yang berkesan. nia xsuka hemmm!
  • Minyak yang berasaskan tumbuhan: Menyediakan lemak tidak tepu, yang menggalakkan penyerapan nutrien serta bagus untuk fungsi otak, kesihatan jantung dan kesejahteraan diri.
  • Dadih: Di samping membekalkan kalsium, vitamin D dan protein, dadih juga mengandungi probiotik, iaitu bakteria sihat atau bakteria baik yang menggalakkan kesihatan sistem penghadaman.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan: Pembekal utama bahan antioksida.
  • No fast food, no snack

ehh ummi pun kena diet, bukan nia je!

baiklah.




( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Friday, 14 April 2017

Kau aku satu jihad

Assalamualaikum,

Istiqamahlah,

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah pada yang Esa
Terus dan terus bersabar
Agar bahagia di sana


Jangan meratapi jika berduka
Jangan menangis jika bersedih
Jangan lemah jika diuji
Andainya masih ada ujian
Tak usah gusar
Ujian juga satu keindahan


Allahu,
Pejamkan matamu,
Bisikan dalam hatimu
Allahurabbi
Aku cinta pada-Mu


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Tuesday, 24 January 2017

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

             بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



حَسبنا الله ونعم الوکیل نعم المولی ونعم النصیر 
HasbunAllah Wani'mal Wakil Nikmal Maulana Waanikman Nashir
''Cukuplah Allah menjadi Penolong kami & Allah adalah sebaik-baik Pelindung & Tempat Kami Berserah Diri'' 

 جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Jazakallah khairan
''Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu''
Jazakallah khairan kathira - untuk seorang lelaki
Jazakillah khairan kathira - untuk seorang perempuan
Jazakumullah khairan kathira - untuk ramai

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah
''Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan''

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 
Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair
''Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan''


لا تحزن ان الله معنا
La Tahzan InnaAllaha Ma'ana
''Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah ada bersama kita''


لَا تَغْضَبْ
La Taghdab
''Jangan Marah''


شفاكم الله/  شفاك الله/ شفاك الله
Syafakallah/ Syafakillah/ Syafakumullah
''Semoga Allah Memberikan Kesembuhan Untukmu''


 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
''Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku didalam agamu-Mu''

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )








Tuesday, 3 January 2017

Tabib Cina / Bomoh moden / Bomoh patah

Assalam,

Disini saya nk kongsikan pengalaman abah saya terjatuh dan terkehel tulang bahu.

Kecemasan, berlaku di kolam ikan area Tapah, Perak. Saya dalam kalut2 tiada saudara mara disitu, cuma fikir nak pergi hospital je. tapi My abah xnak pergi. Dengan batuan Tuan Google laa saya terjumpa seorang kakak yang menceritakan pengalaman anaknya ke sini.

Tabib Cina/ Bomoh moden/ Bomoh patah

Terus bergegas ke sana selepas saya call, yela takut tutup ke, dah pindah ke, sbb post kakak tu tahun 2014 lagi. Terima kasih. Free2 dapat pahala mengalir. (saya pun nak juga pahala, tulis disini lah)

Abah diam menahan sakit, tangan dah kebas2. Berdasarkan ilmu dan pengalaman patah tgan juga. saya cepat2 suruh abah minum air mineral byk2, lagi bagus jika air yg sejuk berais. angkat tangan semampu yang boleh dan ikatkan dileher. Basahkan bahu dengan air, nak bagi rasa sejuk (walhal dahi abah dah peluh menitik, sakit kan)

Tawakal, ikhtiar dan ini je jalan yg ada. (try juga cari lain, tp jauh dan call xberangkat) dan fikir positif.

Dibawah ni alamat tempat saya pergi tu,


Liew Ah Hin
17 Taman Sayang, Belakang Empat EkorJln Pusing, Batu Gajah, Perak

05-3664308 (rumah)
012-5012378/012-5202378 (HP)
Cari di waze : KFC Batu Gajah, Perak (belakang tu ada perumah, terus tanya orang)
Saya terus pergi dan tidak buat temujanji pun. Semasa sampai orang ramai, tunggu giliran, semua ada melayu,cina,india..emmm kurang sikit berdebar dan terus ambil nombor giliran. tengok abah diam, menahan sakit, suami saya terus bgtahu yang dah tak tahan sakit. Terus dia panggil. Proses sekejap je, dia betulkan yang terkeluar dari landasan. dan balut dengan herba. Dia pesan suruh senaman ringan, dan datang semula untuk dia ajar. My abah xpergi pun. Balik kg terus bawa basikal dan naik moto. Membebel My Maa.. haha

Alhamdulilllah, abah dah xsakit, cakap banyak sepanjang jalan ok.. Kami meyambung perjalan menuju ke Jitra, Kedah ada tugas yang belum selesai,

Semoga bermanfaat.

#Bomohpatah #Bomohmoden #Bomohcina