Tuesday, 3 January 2017

Tabib Cina / Bomoh moden / Bomoh patah

Assalam,

Disini saya nk kongsikan pengalaman abah saya terjatuh dan terkehel tulang bahu.

Kecemasan, berlaku di kolam ikan area Tapah, Perak. Saya dalam kalut2 tiada saudara mara disitu, cuma fikir nak pergi hospital je. tapi My abah xnak pergi. Dengan batuan Tuan Google laa saya terjumpa seorang kakak yang menceritakan pengalaman anaknya ke sini.

Tabib Cina/ Bomoh moden/ Bomoh patah

Terus bergegas ke sana selepas saya call, yela takut tutup ke, dah pindah ke, sbb post kakak tu tahun 2014 lagi. Terima kasih. Free2 dapat pahala mengalir. (saya pun nak juga pahala, tulis disini lah)

Abah diam menahan sakit, tangan dah kebas2. Berdasarkan ilmu dan pengalaman patah tgan juga. saya cepat2 suruh abah minum air mineral byk2, lagi bagus jika air yg sejuk berais. angkat tangan semampu yang boleh dan ikatkan dileher. Basahkan bahu dengan air, nak bagi rasa sejuk (walhal dahi abah dah peluh menitik, sakit kan)

Tawakal, ikhtiar dan ini je jalan yg ada. (try juga cari lain, tp jauh dan call xberangkat) dan fikir positif.

Dibawah ni alamat tempat saya pergi tu,


Liew Ah Hin
17 Taman Sayang, Belakang Empat EkorJln Pusing, Batu Gajah, Perak

05-3664308 (rumah)
012-5012378/012-5202378 (HP)
Cari di waze : KFC Batu Gajah, Perak (belakang tu ada perumah, terus tanya orang)
Saya terus pergi dan tidak buat temujanji pun. Semasa sampai orang ramai, tunggu giliran, semua ada melayu,cina,india..emmm kurang sikit berdebar dan terus ambil nombor giliran. tengok abah diam, menahan sakit, suami saya terus bgtahu yang dah tak tahan sakit. Terus dia panggil. Proses sekejap je, dia betulkan yang terkeluar dari landasan. dan balut dengan herba. Dia pesan suruh senaman ringan, dan datang semula untuk dia ajar. My abah xpergi pun. Balik kg terus bawa basikal dan naik moto. Membebel My Maa.. haha

Alhamdulilllah, abah dah xsakit, cakap banyak sepanjang jalan ok.. Kami meyambung perjalan menuju ke Jitra, Kedah ada tugas yang belum selesai,

Semoga bermanfaat.

#Bomohpatah #Bomohmoden #Bomohcina

No comments: