Wednesday, 17 April 2013

jangan bilang tidak



7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan

1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok ...(kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.

5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.


#kajian menunjukkan makan buah sebelum makan (sunnah Rasulullah) boleh mngubati kanser..buah segar + air liur = UBAT KANSER.. tp zaman skrang ramai yang duk ikut BARAT.. "pencuci mulut" iaitu mkan buah slepas makan..(dessert)..

Jom ikut SUNNAH....Insya'ALLAH..

( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Tuesday, 16 April 2013

hijrah peminuman~aci x?


"Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas"

Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa(milo) dan coklat.

ZAT BESI (IRON)
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen.

KALSIUM
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

VITAMIN B
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

jom hari2 blend air buah! heeee

Ahad = JUS DELIMA
Isnin = JUS OREN
Selasa = JUS ANGGUR
Rabu = JUS EPAL
Khamis = JUS NANAS
Jumaat = JUS TOMATO
Sabtu = JUS CRANBERRY

Monday, 15 April 2013

bilang tidak..


  • JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

    - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
    - JANGAN makan tanpa me...mbaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
    - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
    - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
    - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
    - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
    - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
    - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
    - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
    - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
    - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
    - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
    - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
    - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
    - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
    - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

    ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....

    tergamamm tgk Ustaz Don depan mata..

Monday, 1 April 2013

3in1..mcm nesvita!

Assalamualaikum,

Salam pagi senin..happy working.. positivity...ehem..

Pertama:
Alhamdulillah..selamat lagi menyambut hari lahir tahun ni..untuk yang ke___> sweet23<..heeeeeee.. thanks to myfamily, ingat yee janji ditepati...xsabar nak balik 30 April nie..xlupa jgk kwn2 yg wish besday..tqalot!

Kedua :
Alhamdulillah lagi semlm akhirnya aku dah abiss final exam untuk sem ni...sekejap sgt masa berlalu kan..rezki ada dimana2..ita yang kena usaha..minggu lepas memg bz tahap gaban..struggle study week katakau..

Ketiga:
Alhamdulillah lagi dan lagi...dimurahkan rezki.. esk aku nak ke sarawak..keje n ishhhhh rahsia.. keje diutamakan, berjimba ______>include package< haaahahhah...


*jom selawat keaatas Nabi Muhammad SAW..mudah2han kita semua di berkati..