"Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman
bergas"
Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan
mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang
terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh
menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari
tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman
bergas, cocoa(milo) dan coklat.
ZAT BESI (IRON)
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan.
Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu
sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan
untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu
ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral
ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein
pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu
sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh
diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen.
KALSIUM
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang
melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas
memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh
menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian
yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal.
Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.
VITAMIN D
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan,
menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan
peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin
D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.
VITAMIN B
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan
kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh
berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga
mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting
termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang
pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik
naik selepas minum kopi.
jom hari2 blend air buah! heeee
Ahad = JUS DELIMA
Isnin = JUS OREN
Selasa = JUS ANGGUR
Rabu = JUS EPAL
Khamis = JUS NANAS
Jumaat = JUS TOMATO
Sabtu = JUS CRANBERRY
No comments:
Post a Comment