Friday, 17 November 2017

Zakat Saham

 Assalam,
Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut
  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

 

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
  1. Saham Yang Disimpan Selepas Setahun
Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:
Nama Saham
Bilangan Unit (A)
Harga Terendah (B)
RM
Nilai Saham (A x B)
RM
ABC
20,000
2.00
40,000
XYZ
10,000
1.50
15,000
JUMLAH
55,000
Zakat Saham
= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%
= RM 55,000 x 2.5%
= RM 1,375
  1. Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Tahun
Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya
Nama Saham
Jualan Saham (RM)
Belian Saham (RM)
Keuntungan (RM)
ABC
10,000
2,000
8,000
XYZ
15,000
3,000
12,000
JUMLAH
20,000
Zakat Saham
= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500

  1. Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan
Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima
  1. Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan
Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Zakat simpanan

DALIL ZAKAT WANG SIMPANAN
Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
Hadis
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]
PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN
Simpanan Dalam Satu Akaun
Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:
Tarikh Simpan
Tarikh Keluar
Amaun (RM)
Baki (RM)
01/01/20XX
100,000.00
100,000.00
23/04/20XX
(5,000.00)
95,000.00
30/05/20XX
(5,000.00)
90,000.00
10/07/20XX
2,000.00
92,000.00
12/08/20XX
(5,000.00)
87,000.00
11/11/20XX
2,000.00
89,000.00
31/12/20XX
2,000.00
91,000.00
Baki terendah bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM 87,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Zakat Wang Simpanan
= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 87,000 x 2.5%
= RM 2,175

Dalam Beberapa Akaun

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila kesemua jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.
Haul: 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.

Buku Simpanan
Baki Terendah (RM)
Buku A
4,000.00
Buku B
1,000.00
Buku C
15,000.00
Jumlah Baki Terendah
20,000.00
Zakat Wang Simpanan
= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00
* Sekiranya institusi kewangan bagi mana-mana simpanan telah menunaikan zakat bagi pihak penyimpan, baki terendah untuk akaun tersebut tetap perlu dijumlahkan dengan baki akaun lain untuk mencukupkan nisab. Hal ini untuk mengira status kecukupan nisab bagi keseluruhan wang simpanan milik pendeposit.
Sila noted!
( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )

Saham Akhirat - KWSP

Assalam dan Salam Jumaat

Urusan duit memberi kesan kepada amal ibadah kita!
Dosa yang paling besar dalam Bab DUIT


Duit KWSP - kenyataan rasmi pelaburan KWSP 30% patuh syariah, 70% tidak halal (financial institutions)

Kita tiada pilihan, maka kita tidak berdosa letak duit dalam KWSP, sebab itu regulations. duit yang dicarum halal, yang menjadi masalah caruman di laburkan/ diniagakan (dapat dividen = 6.25% purata)

Contoh:
35% daripada RM100,000.00
Jumlah : RM35k (30% halal manakala 70% tidak halal)
30% = RM10500
70% = RM24500 (tidak patuh syariah atas hak kita (haram maknawi)

Cadangan ke mana duit tidak patuh syariah atas hak kita?

1. Fakir miskin : utamakan adik beradik, saudara mara, badan kebajikan, syria, gaza dll

Wajib tukar ke simpanan shariah KWSP.

Sila noted!


( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )