Monday, 21 January 2013

"Change"

Perubahan itu Pasti...

Perubahan tetap berlalu pergi meninggalkan kita..knape?

Contoh mudah.com
>>Umur - tetap berubah semakin meningkat.
>>Fizikal kita - semakin meningkat umur, semakin kita tua, n semakin xlarat, n semakin xdipedulikan. Tp dalam hati terasa muda..jiwa muda kata kan..heeeeee
>>Teknologi - semakin canggih, semakin bahaya lau salah guna. boleh jadi lalai jgk.manusia semakin malas!hahaha..
>>Dunia - semakin moden, semakin membangun..
>>Akhirat - ITU PASTI.
>>Diri sendiri???

# BRIAN CLEGG
Perubahan merupakan suatu kekuatan yang sangat hebat, yang dapat memotivasi atau mendemotivasi

# RUSSEL SWANBURG
perubahan merupakan kunci inovasi dan kunci yang akan datang, yang dasarnya adalah teori perubahan

"Sampai bila kau nak jadi perempuan biasa? tak ada yang mustahil kalau kita ada kemahuan untuk berjaya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih." Ya...aku mula terfikir memang aku perlu melakukan perubahan. Semua manusia di dunia ni mahukan kehidupan yang lebih baik.. Sama ada dari segi material, kerjaya, mahupun kehidupan berkeluarga n xlupa diakhirat kelak.. Tapi semua itu tak kan dapat kalau tidak dengan usaha. saya rasa tak perlu kita beria-ia mahu melakukan perubahan ke atas kelompok yang besar, memadailah bermula dengan diri sendiri..
Emmm, tahu..Bukan mudah untuk melakukan perubahan, lagi2 perubahan ke arah kebaikan.. Insy'Allah...aku percaya sekiranya kita ada niat, kemahuan dan usaha untuk berubah mesti akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Tiada gunanya jika sekadar kita ada niat untuk berubah tetapi tidak ada usaha...buang karen je...Kalau usaha kita tu sentiasa mendapat dorongan daripada keluarga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling mesti kita lagi bersemangat untuk melakukan perubahan. Betul tak? Itu kira advance laaa..tp tak semua mcm tuu..yg menjatuhkan semangat pun ada kan..so, kena kuat dan nekad!

Pesanan tuk semua dan untuk diri saya sendiri, biarlah kita berubah ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Memang sesuatu yang sangat merugikan sekiranya itu yang berlaku. Jadi, jangan pernah mengalah dan putus asa sekiranya kita pernah berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya sebaliknya kita kena terus berusaha dan jangan pernah berhenti. Lagi satu, jangan kita melakukan perubahan itu disebabkan oleh si polan bin si polan. Biarlah perubah itu ikhlas atas dasar keinginan diri sendiri serta Lillahita'ala yakni kerana Allah...itulah yang terbaik. .

No comments: