ASSALAMUALAIKUM,
KELEBIHAN MENCARI ILMU
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda
(yang maksaudnya):
“Barangsiapa
yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan
mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi
dll)
Maksud
hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk
menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan
agama, peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan
ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT. Janji Allah mustahil tidak
benar.
Rasulullah s.a.w juga pernah
bersabda (yang maksudnya):
“Selamat
datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan
dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama
lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang
yang menuntut ilmu.”
(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani
& Ibnu Hibban)
Para malaikat sangat
suka dengan orang-orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana
majlis ilmu, para malaikat akan menebarkan sayap-sayap mereka menyelubungi
majlis tersebut. Sebab itulah orang-orang yang berada dalam majlis-majlis ilmu
akan terasa damai di hati dan dekat dengan Tuhan kerana mereka sebenarnya
sedang berada di bawah naungan sayap-sayap para malaikat. Seterusnya para
malaikat tadi akan berbaris pula bertingkat-tingkat sampailah ke langit. Sebab
itulah ada ulama mengatakan bahawa cahaya majlis-majlis ilmu ini seolah-olah
terpancar terus ke langit.
Dalam hadith yang lain,
baginda s.a.w bersabda:
“Tujuh golongan manusia
dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada
perlindungan-Nya. Mereka ialah:
1. pemerintah yang adil
2. pemuda yang hidup dalam
ketaatan kepada Allah
3. lelaki yang sentiasa
ingat kepada masjid untuk beribadah kepada Allah
4. dua orang lelaki yang
berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada
Allah
5. lelaki yang menolak
godaan seorang perempuan cantik dan berkedudukan tinggi dengan berkata: Aku
takut kepada Allah
6. lelaki yang bersedekah
dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan tangan kirinya
tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya
7. lelaki yang sentiasa
menyebut nama Allah (berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu mengalirlah air
matanya.”
(Bukhari,
Muslim, Ibnu Majah dll)
Pada hari Qiamat nanti, yang
ada hanyalah perlindungan Allah SWT. Kita sangat-sangat berharap agar
sekurang-kurangnya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang
disebutkan dalam hadith di atas. Setidak-tidaknya kita bermohon kepada Allah
SWT agar memasukkan kita ke dalam golongan yang keempat, iaitu golongan
hamba-hamba yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
No comments:
Post a Comment