Friday, 27 July 2012

AYAT RUQYAH


Aku nak kongsi ilmu, n mayb xramai yg tahu..Untuk pengetahuan bersama, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

Jin dan syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dihadapan Allah sehingga hari kiamat. Namun, kita sebagai manusia seharusnya menguatkan diri luaran dan dalaman untuk menghalang segala bentuk gangguan dan hasutan jin dan syaitan laknatullah.




CARA MENGGUNAKAN RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


AYAT-AYAT MANZIL

Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas

No comments: